LINK
http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=9260:agensi-intan-ugut-peniaga&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72
Mr Lo dan pembaca sekalian ;
Penutupan keatas premis
kedai kopi Mee Ngar pada 25/11/2011
pada 9.30 pagi bukan disebabkan ada
KAITAN atau "INTEREST" pada mana mana sekolah latihan pengendali
makanan amnya, AKADEMI INTAN BANDARAYA khususnya. Sebaliknya penutupan premis
Kedai Kopi Mee Ngar atas sebab aduan yang diterima dari pada seorang pelanggan
yang datang membuat aduan ke Pejabat kesihatan kawasan Kota Kinabalu.
Kebetulan pada masa itu saya sendiri yang menerima aduan dan merakamkan
aduan rasmi pengadu dalam borang rasmi aduan awam. Pengadu telah mengadu
bahawa beliau telah membeli roti ban dari Kedai Kopi Mee Ngar dan membawa roti
tersebut pulang dengan tujuan roti ban berkenaan dimakan semasa sarapan pagi
beliau.
Semasa memakan hampir
separuh roti ban yang telah dibeli dari Kedai Kopi mee Ngar, pengadu terasa
macam ada sesuatu bahan asing dalam roti ban tersebut. Setelah pengadu
memeriksa roti ban tersebut, pengadu dapati seokor lipas bercampur dengan inti
ising roti ban tersebut. Pengadu terus ke pejabat kesihatan untuk membuat aduan
keatas roti ban yang telah pengadu beli dari Kedai Kopi Mee Ngar.
Saya selaku ketua unit
penguatkuasa dalam unit keselamatan dan kualiti makanan pejabat kesihatan
kawasan kota kinabalu telah mengarahkan satu pasukan yang terdiri darIpada
penolong pegawai kesihatan persekitaran untuk menjalankan siasatan dan
pemeriksaan keatas premis kedai kopi Mee Ngar berdasarkan aduan. Kemudian baki
roti ban yang dibawa oleh pengadu sebagai bukti telah dihantar ke Makmal
Kesihatan awam untuk dianalisa, dan keputusan telah diterima yang menyatakan
ada bahan asing (LIPAS). UNTUK MAKLUMAN PARA PEMBACA DAN MR. LO, hasil dari
penilaian premis yang telah dijalankan, markah peratusan premis
Kedai Kopi Mee Ngar adalah
dibawah 50% yang mana dalam SOP Inspektorat dan penguatkuasaan mana mana premis
dibawah 50% hendaklah ditutup untuk tujuan kerja kerja pemberihan dan
pembaikan. Sebelum penutupan Premis Kedai Kopi Mee Ngar, pemeriksaan
premis telah dijalankan oleh pegawai pegawai dari pejabat kesihatan kawasan
kota kinabalu ditempat yang sama dua minggu sebelum pemeriksaan keatas Kedai
Kopi mee Ngar, dan ada juga premis makanan yang telah ditutup. seperti biasa
tidak ada unsur unsur ugutan seperti yang didakwa oleh MR. LO.
Para pembaca dan
commenter sekelian , untuk makluman semua perkara ini tidak ada kena mengena
dengan dakwaan yang saya ada "INTEREST" dengan SEKOLAH LATIHAN INTAN
BANDARAYA DAN MR PETER. KAMI MENJALANKAN KEWAJIPAN KAMI SEBAGAI PENJAWAT AWAM
YANG MENJAGA KEPENTINGAN AWAM YANG BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN,
KHUSUSNYA KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN.
daripada
Ketua Unit Penguatkuasa
Dalam Unit Keselamatan & Kualiti Makanan
Pejabat Kesihatan kawasan
Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment